Tuesday, 14 January 2014

Step-by-step Permohonan Penerapan Pelajar Diploma Semester Akhir Ke Ijazah Sarjana Muda UiTM Sesi September 2014


Salam semua !

PERMOHONAN DIBUKA DARI 13 JANUARI 2014 SEHINGGA 31 MAC 2014

 Post yang sedang dibaca oleh anda semua ini adalah KHAS untuk PELAJAR DIPLOMA SEMESTER AKHIR UITM  yang berhasrat menyambung pengajian ke peringkat IJAZAH SARJANA MUDA di  UITM juga.

Alert ye !
Diploma Semester Akhir UITM ----> Ijazah Sarjana Muda UITM

Sebab tu ianya dipanggil penerapan. Rugi sangat kalau kita ni Diploma UiTM tapi berhasrat nak sambung degree kat Uni lain, sebabnya kalau kita sambung  degree di UiTM juga, kita boleh dapat pengecualian credit hour yang mana kita boleh jump terus ke Semester 4 atau 3 degree tanpa perlu start balik dari Sem pertama.

Nak bagi clear lagi, saya bagi contoh la ye.

Diploma Perakaunan UiTM nak apply ke Ijazah Sarjana Muda Perakaunan UiTM, masa yang diberi untuk menghabiskan degree ialah 2 tahun setengah( jump terus ke Sem 4 sebab dapat pengecualian credit hour), compare dengan 4 tahun( akan start dari Sem 1) sepatutnya kalau kita apply Uni lain.

Ini bergantung juga pada course ye. Ada yang dalam tempoh 2 tahun dah habis.

 Tapi still, kalau anda rasa nak apply untuk degree selain UiTM, boleh apply guna UPU.


OK, jadi di bawah ni ialah step-by-step cara nak apply Program Penerapan secara online.

sebelum tu, semasa nak beli no.slip BSN, sila nyatakan bahawa anda nak beli no.pin untuk PENERAPAN UITM.


1) Login ke Student Portal

2) Pilih Application for Continuation of Studies


3) Last, masukkan no.slip BSN Program Penerapan yang kita beli dan baca SEMUA SYARAT yang tertera



Yes ! Bila dah boleh masuk, sila lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.

Kalau tak boleh masuk walaupun dah isi No. slip BSN, semak semula, mungkin kita tersalah nyatakan program semasa pembelian no.slip ( sebelum tinggalkan kaunter semak balik ada tak kat slip tu tulis PENERAPAN ) 

Kalu salah, cepat-cepat pergi tukar di BSN !

Setakat apa yang saya tahu, kalau tersalah beli no.slip dan kita tukar pada hari yang sama, tak ada cas akan dikenakan tapi kalau kita pergi ke BSN pada hari lain selain dari hari kita beli no.pin BSN tu,(maksudya kalau kita tukar keesokannya ke, lusa, minggu depan), 
kita terpaksa bayar pada harga yang sama sebelum ni  ibarat macam beli no.pin baru (oh harap paham la ayat aku ni)

Isi dengan telus dan tulus ! Jangan menipu !

Dan selepas isi tu, SELAGI KITA TAK TEKAN BUTANG HANTAR, PERMOHONAN KITA MASIH BELUM DITERIMA PIHAK UITM. 

KEMASKINI HANYA DIBENARKAN SEBANYAK 3 KALI.


Jadi, selamat maju jaya kepada kawan-kawan seangkatan yang akan melanjutkan pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda Sesi September 2014 !!


Pssstttt.... siapa apply untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan? Hi-5 sikit! Kita geng! hehe




53 comments:

  1. Saya pelajar kolej bersekutu UITM,dh apply for penerapan degree batch mac 2014..Result tawaran akan kluar 31hb January ni. So sye takut lar x dpt;( hekhek..saya budax om, pointer pon 3,03 jerk..so ada peluang x erk nk lnjutkan degree?;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah berpeluang :) Kalau tak dapat pon masih boleh kemukakan rayuan .

      Delete
    2. oo, hehe klo nk wat rayuan kene dtg terus ke bhagian hep uitm shah alam erk.? btw akak nie jump masok semester 3 terus lar ? sbb penerapan kan, pengecualian kredit kt situ.

      Delete
    3. rayuan dibuat secara online. Alhamdulillah terus dapat masuk ke sem 4 :)

      Delete
    4. cmne nk wt rayuan online tu?ad link x?

      Delete
    5. @sembunyisaje : kalau untuk penerapan..pergi ke web online.uitm.edu.my, pilih penerpan uitm, log in IC, then tkan eRayuan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. awat aq nye xleh tekan continuance study tu . adoi , dia tulis anda tidak aktif .

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik pelik je. masih belajar tak ni. boleh tanya pada bahagian pengambilan pelajar uitm

      Delete
  4. tmpng tnya..cth,klu sy time diploma uitm ambk krsus engineering,then dgree sy nk smbng uitm gak tp krsus akaun cnthnya,so..still leh jump semester jgk ke?ataupon nk jump semester ni kna sama krsus time diploma?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk ni saya kurang pasti tapi setahu saya tidak. mungkin akan start dari semester pertama. kalau dari course pengurusan perniagaan, ekonomi atau yg seangkatan dengan nye masih ada peluang nak dpt pengecualian kredit.

      ape2 pon mungkin boleh cuba hubungi bahagian pengambilan pelajar uitm.

      Delete
  5. saya nak tanya, kalau saya dah habis diploma bulan spuluh tahun lepas tapi saya miss yang penerapan first2 tu.. saya tak mohon.. jadi boleh tak saya nak mohon sekarang?? dia tutup 31 march 2014 kn.. tapi masalah sekarang saya tak boleh buka dekat application for continuation of study.. kenapa ea? macam mana saya nak apply untuk penerapan? saya dah beli no pin bsn peneran.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan 10 tahun lepas dah tak boleh beli untuk penerapan. penerepan hanya untuk pelajar diploma yang sedang dalam tahun akhir. maknenya awak kena beli no pin upu yang biasa tu kot atau nk lebih pasti, call terus uitm.

      Delete
  6. taktau pape pun pasal penerapan ni. now dah miss, macam mana nak mohon lagi ye? ke kena tunggu sesi akan datang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, tunggu sesi akan datang, sesi mac 2015. tapi update la dgn info semasa bila boleh beli no.pin. selalu check website uitm.

      Delete
  7. salam, saya ni tgh tgu pnerapan bulan sept ni. agak2 berapa lama kena tunggu keputusan penerapan? dulu akak tunggu selepas result final exam keluar berapa lama? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya untuk intake Sept result bulan Julai. selalu update dengan website uitm ye (online.uitm.edu.my)

      good luck ! :)

      Delete
  8. salam..nk tny klau kita x tekan butang HANTAR, kita x boleh kemaskini kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.lepas dah tekan hantar, kemaskini takboleh dibuat lebih dari 3 kali.

      Delete
  9. dah dpt tahu yg intake nanti 12/8 umum hehe. thank you anyway! dulu akak pnya cgpa brapa? nak tanam keyakinan ni hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak course ape ye? normally kalau apply course yg same mase diploma,(cth diploma akaun, apply degree akaun) 3 pointer and above klu nk slmt. depends pd course jgk..ade course 2.75 dah blh sambung.. tapi tak tau jugak la kan...skrg makin ramai org pandai. mybe requirement dah berbeza.. yg pntg byk2 doa :) semoga dipermudah :)

      Delete
  10. sy course public admin. kalau ekt sistem ni saya kurang percaya sgt sebab selalu tgk org merunggut cakap pointer tggi tp tak dpt tp yg pointer bawah dpt. tu lah mcm was2 pulak hehe. btw kalau masa isi borang penerapan dulu bahagian kokurikulum tak diisi, ada effect apa2 tak rasanya? thank you anyway sbb sudi jwb :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ade je kawan2 yg x isi bahagian kokurikulum tu, saje tinggal ke tertinggal ke xtau la..tp dpt jugak. hehe.. tp mmg betul pon sistem xblh percaya sgt..bergantung pada rezeki...
      lagi satu yg pointer tinggi tapi xdpt tu mungkin salah isi borang penerapan cth macam pernah jd pada sorang kawan, dia tertekan status ayah dia bukan bumiputera..automatik la UiTM reject..mungkin dia cuai masa isi kot and tak check balik.

      Delete
    2. buat saya mcm nak cek balik borg penerapan pulak ni. tkt salah isi hehe. anyway thank you, all the best for final! :)

      Delete
  11. hai nak tanya. saya dulu diploma kos ID, n degree tukar graphic. tapi apply thru penerapan jugak la. kira akan mula part 1 balik ke boleh jump jugak? sorry tanya. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yang tu saya tak tahu la awak :) maaf ye. mungkin boleh cuba hubungi pihak UiTM atau tanye senior2 yang kes same macam ni hehe :)

      Delete
  12. Kalau tak ada muet tp just daftar boleh ke apply dgree mac 2015?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk intake Mac 2015 WAJIB ade muet :) ade dihebahkan dekat portal uitm online.uitm.edu.my :)

      Delete
  13. Hi sis..nak tnya camne cara nak buat rayuan untuk penerepan ke degree bagi pelajar tahun akhir lepasan diploma intake sep 2014 nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke web online.uitm.edu.my, pilih penerapan uitm, log in IC, then cari perkataan eRayuan (link warna biru ke purple gitu la).

      Delete
  14. Salam. Nk tnye. Bile numper pin penerapan ke uitm mac 2015 nk kua? Ke dah kua? Saye takut terlepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. 29 september dah boleh mula beli num pin untuk intake mac 2015 tapi sehingga bila saya tak pasti

      Delete
  15. permohonan untuk intake Mac 2015 bila ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 29 september dah boleh mula beli num pin untuk intake mac 2015 tapi sehingga bila saya tak pasti

      Delete
  16. Salam...nak tanya...kalo result muet kuar januari 2015...tapi nk isi penerapan mac 2015...abaikan jelaa kan form utk muet kan? Nti dh dpt result jan 2015 baru kemaskini kan blk kan....hrp sudi balas...thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti. tapi setahu saya WAJIB ada MUET untuk intake mac 2015. nk lebih pasti, call/pm FB Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM

      Delete
  17. salam sya nk tnya penerapan nieh utk bdk thun akhir jaa kaa?
    sbb sya gagal yg first intake n nk try second intake pnya... dh bli no pin BSN utk penerapan.. tpi xbleh nk masuk?? knpe ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye penerapan untuk pelajar tahun akhir yang masih belum tamat pengajian. kalau kamu dah complete diploma dan nak apply untuk second intake. kena beli no.pin lepasan diploma bukan penerapan lagi dah. :)

      Delete
  18. salam..knpe yer sy tak boleh buka untuk pemohonan online mac 2015?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya difahamkan server UiTM sedang down. kami student UiTM sendiri ada masalah nak access web, student portal etc. cuba lagi sekali 20hb nanti.

      Delete
  19. hai. saya pelajar semester akhir diploma uitm. nak tanya la untuk degree intake mac 2015 memang wajib ada muet ke? saya baca dekat uitm portal katanya pelajar yang result muet keluar pada januari 2015 hanya akan dipertimbangkan masa proses rayuan. maknanya still boleh memohon tapi takkan berjaya dan mesti buat rayuan barulah dipertimbangkan ? sebab saya tengah buat muet sesi november ni. written test pun 8 november nanti. permohonan tutup 3 nov. haishh. maknanya saya kategori yang "result muet pada januari 2015 dan akan dipertimbangkan masa proses rayuan" la ya? ke saya takboleh memohon langsung ? konfius. kalau kena tunggu september tahun depan alamatnya berjanggut lah baru sambung degree. lepastu apa jadi pada yg baru nak amik muet sesi mac nanti? diorang memang takleh mohon ke macam mana. sorry banyak tanya. btw blog awak sangat informative :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup untuk intake Mac 2015 memang WAJIB ada MUET. Dan awak termasuk lah dalam kategori "DIPERTIMBANGKAN" untuk rayuan tu SEKIRANYA tak berjaya. Kalau berjaya, Alhamdulillah rezeki.
      Pendapat saya, mohon je dulu kalau tak dapat masuk first intake atau rayuan, jangan give up dan mohon lagi untuk september 2015. (pointer pon salah satu faktor keputusan berjaya atau tak. pastikan jugak borang diisi dengan betul) berjanggut sikit takpe asal jgn kenal putus asa.

      untuk yang baru nak amik Muet sesi mac nanti, itu sy tak berani nak komen ape2. Kelebihan diberikan pada mereka yang dah ada muet. nasihatkan dekat yang lain, apply je. kalau niat betul nak belajar, nak berbakti pada bangsa dan negara, inshaAllah dipermudahkan.

      all the best :)

      Delete
    2. Oh i see. Saya pun rasa patut mohon je dulu. Harapnya dpt la masuk Mac nanti. Ok thank you so much :)

      Delete
  20. Salam .Berapa pointer diploma UITM sy kena dpt kalau sy nak sambung degree kat UITM ?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba semak di link http://e-syarat.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=101:syarat-kemasukan&catid=98:ijazah-sarjana-muda&Itemid=82 (klik program/fakulti di bahagian kiri)

      tapi berdasarkan pengalaman saya yg lepas,depends pada course dan jumlah intake pada masa tu. macam pengalaman saya untuk intake September 2014, bilangan batch kami terlampau ramai untuk sambung degree akaun. Jadi yang bernasib baik cuma mereka yang mempunyai CGPA 3.3 ke atas je layak sambung. selebihnya terpaksa mohon untuk intake mac 2015 dan ade jugak yg turn to universiti swasta (ipts)

      yelah kalau terlampau ramai kampus pon tak mampu nak tempatkan semua student. tak semua kampus uitm ada akaun.

      jadi untuk soalan tu, mungkin ikot NASIB. yang pointer 3.00 pon belum tentu layak. sekarang makin ramai orang pandai.

      Delete
  21. Kalau amik muet sesi ogos 15.sempat tak nak apply degree september 15?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk memohon sambung degree memang sempat. TAPI untuk layak dapat tawaran saya tak pasti sebab dari intake MAC 2015, MUET dah WAJIB ada maksudnya masa kamu apply tu, dah memang ada muet lengkap dengan band berapa bukan baru nak amik. Jadi untuk apply sept 2015 intake, saya rasa kalau amik ogos 2015,resultnya akan keluar selepas september 2015 kan? selalunya result degree akan keluar sebulan sebelum mendaftar. jadi saya rasa boleh nak amik MUET waktu tu cuma tak tau la kamu layak ke tidak dapat tawaran untuk intake sept 2015.

      Delete
  22. tumpang tanya, sy dah ambil muet sesi ogos 14 dah result muet sy dapat NIL sbb sy ta hadir speaking test atas sbb tertentu.. dan sy ta ambil muet sesi nov 14.. tapi sy ada apply penerapan mac 15 dan kat situ ada muet choose "ada muet tetapi tidak hadir" sy pilih tu..
    jadi boleh ke sy masuk penerapan mac 15 dgan muet sy yg macam ni ?
    mohon pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. unik kes kamu ni hehe. ok mestilah uitm akan utamakan mereka2 yg pointer bgus2 dan dah ada muet lengkap dgn band berapa dapat.

      untuk kes kamu, kalau dapat tawaran untuk first intake mac 2015, NASIB KAMU BAIK. kalau xdpt, terus buat rayuan.

      saya rasa kamu ada peluang nak dpt tpi yelah bergantung pada bahagian pengambilan pelajar uitm. mereka yg bertanggungjawab select student. tapi kalau dpt tawaran dan dpt sambung, kamu perlu amik muet lagi sekali ye waktu degree. kamu xblh konvo dgn status muet mcm tu.

      good luck

      Delete
  23. Dari dip sains boleh diserap ke degree pendidikan dalam fizik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. ini bukan kepakaran saya soalan ni.

      saya nak jawab macam mana pon tak tau. emm kamu nak jadi cikgu ye? saya tak pasti uitm ada sediakan course pendidikan dalam fizik atau tak.

      gini lah, kamu boleh google fakulti pendidikan uitm(erkk ade ke) atau apa2 fakulti yg berkenaan lah. email Dekan dieorang tanya untuk kepastian.

      saya tak berani lah nak jawab sebab mmg tak tau takkan nk buat2 tau. hehe

      Delete

 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI