Monday, 6 May 2013

Segmen: Tingkatkan follower ke-xxxxx by N.A.D.I.A



Nak join, klik S I N I

Follower terkini : 845 orang


Thursday, 25 April 2013

Tips Memilih Produk Kecantikan & Kesihatan


Di awal entry, saya nak beritahu dulu ...

Semua orang berhak untuk cantik. Semua orang berhak untuk sihat .

Si A :" Kau dah try produk ni? Bagus tau, parut jerawat aku semua hilang ! "

Si B :"Oh yeke ? Jerawat aku teruk kot. eh nak beli jugak ! "

Pernah alami situasi ni ? Lelaki atau perempuan. Normal nya kaum Hawa lah kan. Kawan datang dekat anda, cerita tentang produk X, produk Y, produk Z ...blablabla. Tuptup ! Kita rasa macam nak cuba. 

Atau mungkin jugak kita TERbaca di Internet tentang produk itu ini. Soalnya, sejauh mana keberkesanan produk yang ada kat market sekarang ni ?

Cuba. Orang Jawa kata ' try' . Kalau try lepas tu elok OK lah. Kalau try and ERROR macam mana pulak ?
Hah !

Saya juga seperti anda, PENGGUNA .

Dengan pertambahan bilangan produk kecantikan dan kesihatan yang tumbuh bagai cendawan lepas hujan sekarang ni, bagaimana anda memilih produk yang benar-benar serasi dengan diri ?

Sebenarnya, setiap produk dicipta ada keistimewaannya yang tersendiri. Cuma, PENGGUNA...........
Apa kata kita jadi orang yang HIGH DEMAND sikit bila membeli ? Maksudnya, kita perlu CEREWET DAN TELITI,sikit . CEREWET DAN TELITI yang macam mana tu ? OK, macam ni :

1 ) Tahu apa kandungan produk.

Ini penting ! lebih-lebih lagi kalau anda alergik seafood, alergik itu, ini . ALERGIK macam-macam . Kalau untuk yang Islam, semak ada tak binatang "Oink oink" tu dalam kandungan produk. Jangan pantang dengar BAGUSSSS je terus beli . Kalau anda sendiri tak pasti boleh ambil produk tu atau tak, pergi jumpa Doktor.

2 ) Tahu harga pasaran terbaru .

Jangan mudah tertipu. Dekat sini saya tahu apa anda mahu. Anda nak produk yang All In One ( putih, cantik, gebu, mantap, licin...dan sebagainya ) tapi semak dulu harga pasaran yang ada sekarang. Kalau harga nya rendah sikit dari yang biasa anda lihat, anda boleh tanya sendiri dengan penjual tu, kenapa murah sangat eh ? Saya beli dekat XXXX baru RMXXX. Masing-masing ada alasan tersendiri dan perlu diingatkan, tengok logik ke tak alasan tu .Mungkin masa tu promosi raya ke, HQ benarkan penjual rendahkan harga untuk tarik pembeli. Boleh mintak bukti yang mereka terima arahan dari HQ untuk turunkan harga produk . Semua orang nak beli pada harga yang rendah, ye dak? Tapi mari saya ingatkan kembali, produk kesihatan/kecantikan adakalanya sememangnya mahal. Kenapa? Mungkin kerana sesetengah pihak terpaksa  import bahan mentah dari luar negara atau mungkin juga kilang mereka terletak di luar negara. Shipping cost/kos pengangkutan adakalanya salah satu faktor memaksa penjual meningkatkan harga produk.(tapi agak-agak la ye.Jangan sampai menipu pengguna). Yang kita cari bukanlah kuantiti, tapi KUALITI. Harga kadangkala bukan ukuran atau jaminan sesuatu produk tu bagus atau tak .

3 ) Apa kelebihan produk tersebut pada diri kita.

Semak dan fahami betul-betul apa kelebihan atau kebaikan produk tersebut. Kalau ada seribu testimoni, baca semua testimoni tu. Baru rasa puas hati nak beli. Tanya berulang kali sampai penjual gila pun takpe asal kita puas hati . Eh kenapa sampai macam tu sekali ? Sebab..customer always right . Nak tak nak penjual terpaksa jawab... haha. 

4) Pastikan ianya original.

Macam mana dengan kes ni ? Sama macam anda nak pastikan itu handphone Ori atau Klon. Setiap produk mesti ada label masing-masing untuk elakkan produk mereka ditiru pihak lain. 

5 ) Kalau serasi, teruskan .

Bila anda dah benar-benar serasi dengan sesuatu produk, anda sendiri dah nampak keberkesanannya pada diri anda, TERUSKAN guna. Kalau tak ada kesan, mungkin produk tu tak serasi dengan anda. Tapi satu kuncinya, SABAR. Mana ada produk yang anda guna malam ni, esok terus dapat kulit cantik macam Aishwarya Rai, kan ? Guna lah paling maksima tiga bulan, tengok OK ke KO. 


Itu antara tips yang boleh saya kongsikan. Mungkin tak banyak, tapi saya harap ianya membantu. Anda mungkin ada cara anda yang tersendiri dalam menentukan produk mana yang anda nak beli. 

Manusia sememang nya tidak lari dari fitrah kecantikan. Cantik untuk suami/bakal suami, cantik untuk diri sendiri.

Kenapa saya kongsikan tips ni ? Sebab saya seperti anda, PENGGUNA....dan terbaru, PENJUAL.hehe.

Lagi sekali saya ingatkan......

Semua orang berhak untuk cantik. Semua orang berhak untuk sihat .

Kalau anda masih tercari-cari produk kecantikan yang sesuai, boleh singgah di Ain Beauty Corner. Mana tahu ada yang berkenan .

p/s : Dah sebulan saya guna Aura White, sangat berpuas hati ! :)







 
FULLY OWNED BY PELENGKAPRUSUKIRI